CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 7, 2009

Kampus UNPAD Jatinangor

Ini adalah dalam kampus Unpad, depan kita ni padang besar, padang bola. dan dari kanan nampakkan atap2 tu?atap yang pertama dari kanan adalah fakultas kedokteran gigi (dentist) dan disebelahnya adalah fakultas kedokteran (medical). tempat saya belajar dari tahun 1-4. rindu nak belajar sini lagi.

Sawah padi di atas bukit2. Padi bukit eh namanye?:D Saya pun tak pasti. tapi gambar ni belakang rumah, bukan betul2 belakang kena jalan skit, pastu sampai:) cantik kan?tenang hijau.

Gambar ni diambil dari atas Jambatan Cincin. atap yang nampak tu adalah bangunan dalam kampus UNPAD


Gambar ini juga diambil dari Jambatan Cincin, kat bawah bukit rasanya. ada rumah2 di lereng bukit

Nampak tak yang mcm jambatan kat hujung sana?itu adalah Jambatan Cincin. tak mcm bentuk cincin pun, tapi sejarahnya adalah jambatan ini dibina di zaman penjajahan Belanda dulu. kita sekarang berada di seberang sini, bukan atas jambatan cincin lagi:)

Ninie dan saya dalam kampus fakultas kedokteran. bulan April 2008 Ninie satu family datang Bandung.*ninie datang la lagi sini:)buleh sembang2 ngn mung lagi.


Nota:
1) entry saya kebanyakan gambar sahaja. mcm blog gambar pula jadinya. saya asyik tulis2 je, sebelumnya. kalini kita tgk gmbar pula(^_^)

2) entry ni utk seorang teman yang sedang sibuk sekarang dgn kertas kerja dan exam die juge..mmm..betul kan?xpe2, nnt tgk gmbo2 kat atas tenang dgn kehijauan alam:) take care sokmo:) Best of Luck from me!

3) saya exam lagi pada 14/15 hb Dec nnt. Doakan saya semua! kalini exam terakhir untuk department Internal medicine. Esok saya masuk sub-bahagian tropik infeksi. *struggle for the best*baru siap assignment utk esok..huhu.pada jam 2 am, kul 4am dah masuk subuh. jadi nak tido ke tak ni?baik tido(^_^) Selamat pagi!

Sunday, December 6, 2009

More Pictures on Beautiful Memories:)


Depan pejabat( mungkin gambar diambil dari Gazebo)


Vision:A world class mentality by 2012

Colourful Gym:) zaman2 batch kami dulu kosong gym ni. dah penuh katanya sekarang dengan alat2 yang best

Dewan terbuka:tiap2 pagi perhimpunan kami akan diadakan di sini, kecuali hari Isnin pagi di Dewan Besar

Tangga untuk pelajar muslimat:macam lama sangat dah nampak tangga ni

Colurful again:)

Aspura:sangat colurful macam lego pun ada
Gambar Aspuri tak ada lak

Tiba2 gambar masjid:) Masjid Diraja Klang, dekat dengan kisas

Beautiful Memories:)

Masih ingat jalan ini?

Pejabat

Gazebo

Assalamualaikum wbt

Banyak yang saya nak tulis dan kongsikan tapi hanya tinggal rancangan. Mati idea pula. Banyak cerita nak diceritakan, tetapi tinggal tetapi sahaja.

Alhamdulillah sudah selesai satu ujian tapi akan menyusul satu lagi dalam masa terdekat!

Saya kongsikan gambar di atas. Gambar di suatu sekolah yang menyimpan banyak kenangan manis dan pahit dan tempat yang banyak mengajar saya. Tempat saya mula kenal erti 'usrah' dan 'lagu2 nasyid', dan juga erti belajar bersungguh kerana apa? untuk siapa?

Alhamdulillah ditemukan dengan mereka2 yang sangat luar biasa di sana suatu ketika dahulu.

Nota:
1) Gambar di atas saya ambil dari FB batch saya dulu yang ke sekolah kami baru2 ini. Terima kasih. Buat pengetahuan rakan2, sekolah kita dulu dah jadi colourful..!ceria:)

2)Saya tak akan berhenti dan akan terus berjalan!

3)Senyumanmu yang manis membuatkan hatiku riang berbunga2(^_^)

Sunday, November 29, 2009

Cerita Aidiladha :)








Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Hari ini sudah 12 Zulhijjah 1430H. Sudah hari ke-3, hari raya:) macam hari raya aidilfitri pula.

Hari raya aidiladha yang lepas, iaitu Jumaat saya ke Jatinangor, iaitu lebih kurang 1 jam lebih dari bandar bandung. Jatinangor adalah kampus UNPAD juga dan tempat saya belajar dari tahun 1 sehingga ke-4. Balik kampung bak kata aida :) sebabnya kami balik ke rumah yang kami dulu, tapi sekarang hanya ada Syaza dan junior2 yang lain. Sangat best dan meriah!

Saya dan kawan2 yang lain bertolak dari sini, sehari sebelum Jumaat, iaitu Khamis petang. Masa hari khamis selesai saja bimbingan dengan Konsulan(spesialis) terus balik dan ambil beg(sebenarnya belum lagi kemas beg sebelumnya:) Lambat kelas saya habis khamis lepas. Tapi yang penting saya pergi ke Jatinangor.

Sampai saja di Jatinangor sudah masuk maghrib, kerana kesesakan lalu lintas, malam raya semua pun nak balik kampung.

Sambutan hari raya kalini, bertambah meriah dengan kehadiran rombongan DSSK(Dato Seri Shahidan Kassim) dan DR MAZA(Dr Mohd Asri Zainal Abidin).*dapat duit raya:) 1st time kot raya haji dapat duit raya!hehe

Jumpa Sepupu
Saya paling tak sangka adalah saya jumpa sepupu saya, di Jatinangor. Masa malam sebelum sambutan Hari Raya, ada ceramah dari DR MAZA di Masjid Ibnu Sina, dalam kampus UNPAD.
Masa tu saya dah perasan seseorang yang macam kenal! tapi mungkin sebab dah penat dan malam saya tak tegur lagi orang tersebut, dan pada pagi semasa khutbah aidiladha oleh DRMAZA, orang yang saya kenal tu berdiri2 sibuk ambil gambar2 kami semua. Saya dah pasti yang orang tersebut adalah Abang Haikal sepupu saya! hehe:) Saya terus tegur dia selepas selesai khutbah semasa acara bergambar:

"Abg ikut rombongan ust Asri ke?"..saya

"Dok eh ikut Shahidan Kassim"..Abg haikal.

"Kak Ma balik kelate ke?tak balik ke raya?"..kak Ma(isteri abg haikal, sebenarnya kak Ma adalah sepupu saya, jadi abg haikal pun jadi sepupu juga lah:)pening pula ayat ni..hehe

"Sebenarnye nak kelik, tapi kete eksiden. pastu bos tepon suh kijo. kak Ma sedih la tu" Abg haikal.."kalu nak pesan barang2 balik kelate buleh la.."

Saya yang rasa nak balik! Boleh tak?

Kami berbual2 lagi dan tak lama sebab saya ke rumah Khairi dan Balqis untuk makan2.

Nota:
*Saya kongsikan gambar2 kami semasa sambutan hari raya Aidiladha. masa cameraman dari rombongan DSSK dan DRMAZA lalu depan saya buat2 juga 'peace' utk family kat msia..! kot2 nnt kuar kat berita kat TV ke. hehe:)*nadia kata ayah die nmpak kwn2 nadia yg familiar kat berita.

*Tarikh Long Case Exam saya adalah pada 3 Desember, khamis depan. Doakan saya dipermudahkan! dapat penguji yang baik, kes yang ok, dan patient yang baik(co-operative).

*Good Luck juga kepada:orang yang tgh exam sekarang!wak molek2..terus fokus..ingat bonda dan ayahanda tercinta dan adik-beradik tersayang(pinjam ayat :) nanti saya upload gambar2 pemandangan yang indah di Jatinangor dan Bandung selepas exam.

*Alhamdulillah sangat2 gembira Aidiladha di Bandung kalini gembira dan meriah, walaupun di kampung halaman tercinta lagi best! pengalaman:)

*Terima kasih kepada insan2 yang sungguh luar biasa dalam hidup saya, yang menjadikan saya insan biasa ini turut merasa semangat anda! saya sangat bersyukur dengan kehadiran anda. Alhamdulillah!

*Semalam saya oncall 7am-7pm. penat tapi saya rasa gembira dengan kerja yang saya buat! nanti entry seterusnya, mungkin selepas exam saya akan ceritakan pengalaman oncall saya. ada sorang nenek meninggal semasa saya baru sahaja cuba nak pasang EKG untuk tgk wave jantungnya! ;( Al-fatihah buat arwah.

*Life is great and good with everyone around me who love me alott! especially my lovely family and friends(^_^)

*Tahniah untuk Mursyid dan Mursyida! *anak nama Mursyidi eh nnt?hehe:)

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



Assalamualaikum wbt

Belum lagi tiba Aidiladha, bahangnya sudah terasa. Lebih2 lagi bagi saya yang dari negeri pantai timur ini. Aidiladha di sana meriah! Mungkin bagi sesetengah orang, biasa2 saja, tapi tak kira raya haji ke raya aidilfitri pasti seronok bagi saya.

Sejak belajar jauh di bumi seberang ini, iaitu sejak tahun 2005 hanya sekali saya beraya Haji di kampung halaman. Sedih kan? tapi kalau hari raya Aidilfitri terbalik pula, hanya sekali baru saya beraya di sini, jauh dari keluarga, iaitu pada tahun ke-2. Selain dari itu tak pernah miss beraya di rumah, Malaysia..(^___^)hehe. balik sokmo!

Gambar di atas masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas! tema hijau. (tapi Nabila dan Iman sudah lari tema) Along masa ni selsema, tak sihat dan Abg Yusri kerja pada hari raya pertama!

Minggu depan saya ada Long Case Exam-->masih belum bersedia!hOhOhO-->Doakan saya ye teman2 dan kawan2 dan sahabat2 semua! harap2 dapat belajar dengan jayanya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua dari saya di Bandung!

p/s:
1) miss Malaysia alotttt!

2)dia tanya tapi tak buat2 pon. tanya saja2 je ke? kenapa buat macam tu? harap2 alert lah dgn apa yang berlaku!


Tuesday, November 24, 2009

Motivasi: Melihat masa hadapan

Masa kecil, saya suka baca Doraemon. Antara yang ada pada Doraemon adalah mesin masa hadapan. Dari situ, saya sering tertanya-tanya apa masa hadapan saya. Pertanyaan itu saya bawa, hinggalah saya dewasa.

Dan konsep masa hadapan saya berubah mengikut tumbesaran saya. Sampai satu tahap, akhirnya saya sedar bahawa, masa hadapan itu dicorak oleh tangan kita sendiri. Masa hadapan kita, diadun dengan keadaan kita hari ini.

Dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku untuk mencorakkan masa hadapan kita.

Apa yang kita mahu?

Apa yang kita mahu untuk masa hadapan kita?

Mungkin orang yang biasa, dia akan berimpiankan rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami hensem, anak comel, harta banyak, jawatan tinggi dan sebagainya.

Orang yang luar biasa, dia akan mengharap untuk memimpin sebuah kumpulan, menjadi kepala negara, atau hendak mengubah dunia.

Orang yang lebih luar biasa, dia akan bercita-cita untuk kebaikan akhiratnya.

Kita dari golongan mana?

Apa pun golongan kita, semua itu kita putuskan hari ini. Dari apa yang kita hendakkan itu lah, kita sebenarnya memandu diri kita ke arah itu. Jika kita hendak rumah besar, macam mana sekalipun kita akan usaha mendapatkan rumah besar. Secara tidak langsung kita akan mendidik diri kita untuk menjadi orang yang hendakkan rumah besar, kita studi untuk dapat rumah besar, kita kerja untuk dapat rumah besar. Disiplin kita, disiplin untuk mendapatkan rumah besar.

Nampak? Cita-cita, kehendak, harapan, itu semua antara unsur yang mencorakkan peribadi kita. Masa hadapan kita, bergantung kepada apa yang kita cita-citakan, harapan kita, dan kehendak kita.

Justeru, apa yang anda mahu?

Dia hebat, saya tidak hebat

Ayat yang biasa kita dengar, oleh orang yang tak berapa berjaya kepada orang yang berjaya.

“Dia boleh la, dia hebat. Saya ni apa la sangat”

Kalau kita kembali ke belakang, dan melihat semula kehidupan masa lalu kita, sebelum hari ini tiba, apa yang kita fikirkan dalam kepala kita? Pernah kah kita merancang untuk menjadi hebat? Pernah kah kita berusaha untuk menjadi hebat? Pernah kah kita buat plan untuk berjaya? Dan kalau kita sudah buat semua itu, adakah kita bersungguh-sungguh melakukannya?

Ada dua jenis manusia di dalam dunia ini.

Genius, dan tidak genius. Dan pada saya, genius dan tidak genius ini, sama sahaja. Kedua-duanya bergantung pada usaha. Kalau kita ni genius, tapi tak pandai guna kegeniusan kita, tak usaha, tak ada cita-cita nak jadi hebat, tak ada impian, maka kita akan berakhir di satu tempat yang tidak sepatutnya dengan kegeniusan kita. Anda boleh check senarai mereka yang genius di dalam Malaysia, dan di mana tempat akhir mereka. Kebanyakannya bukan di universiti, bukan di tempat kerja yang bagus, bukan di tempat kepimpinan.

Kenapa? Kerana mereka tiada harapan, tiada impian, tiada cita-cita untuk menjadi hebat.

Bagi yang tidak genius, apakah tiada harapan? Kita sebenarnya yang memutuskan. Pada saya, kalau kita tidak genius, maka kita perlu menjadi golongan yang berusaha kuat. Yang penting kita ada cita-cita, kemudian kita berusaha separuh mati mencapai apa kita mahu.

Namun siapa antara kita yang berusaha? Maksud saya, berusaha dengan bersungguh-sungguh?

Masa hadapan terindah

Ada orang kata pada saya:

“Buat apa la usaha sungguh-sungguh sangat? Rumah akan hancur, isteri akan hodoh, anak nanti tak comel dah, harta akan susut, kerja akan pencen, last-last mati bukan boleh bawa semua tu. Buat apa susah-susah?”

Saya ketawa. Rumah mana akan hancur? Isteri mana akan hodoh? Anak mana yang tidak comel? Harta mana akan susut? Kerja apa yang akan pencen? Apa benda yang kita tidak boleh bawa masa mati?

Pada saya, semua itu akan kekal abadi. Semuanya boleh bawa masa mati. Andai kita dirikan masa hadapan kita itu, atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kita kahwin dengan pasangan kita bersama hubungan yang syara’, mengharapkan redha Allah, insyaAllah hubungannya kekal ke syurga, dan dia tidak akan kelihatan buruk langsung di hadapan kita. Kita bina rumah untuk dapat redha Allah, kita guna rumah kita untuk didik anak-anak kita yang terbaik, untuk kita buat majlis amal, maka rumah itu akan kekal mengikuti kita menjadi saksi di akhirat atas amalan kita. Harta kita guna dengan baik, untuk sara keluarga dari sumber yang halal, kita sedekah pula, kita lakukan zakat dengannya, kita beribadah dengan harta kita, maka setiap sen itu akan Allah datangkan semula di akhirat dengan berkali ganda lipat. Kita kerja sebagai wasilah dakwah, kita jadi cikgu kita didik rakan sekerja dan anak murid, kita jadi doktor kita usaha dakwah pesakit dan tunjuk syakhsiah yang baik, kita jadi pemimpin yang adil, yang membina rakyat, yang tidak zalim dan menjaga pula agama Allah, kita jadi apa pun, kita bawa syakhsiah Islam dan usaha buat orang tertawan dengan Islam. Dan semua ini, akan menemani kita dalam perjalanan hayat yang seterusnya.

Masa hadapan terindah di syurga.

Sebab itu, pada saya, mereka yang bercita-cita mendapatkan redha Allah SWT, adalah manusia yang lebih dari luar biasa. Kerana mereka telah melihat sesuatu yang asli, yang abadi, yang terindah bagi diri mereka. Dengan cita-cita ini, mereka mempergunakan apa sahaja yang ada di dunia ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT, bukan mereka dipergunakan oleh dunia untuk mengingkari Allah SWT.

Masa hadapan orang sebegini, walau di dunia dia susah, penghujungnya tetap satu, yang terindah.

Apa masa hadapan yang lebih indah, bermakna daripada masa hadapan di syurga Allah SWT?

Penutup: Coraklah masa hadapan

Justeru masa hadapan apa yang kita kehendaki?

Pada saya, melihat masa hadapan amat penting. Masa hadapan ibarat cahaya di tengah kegelapan. Masa hadapan ni macam lampu penunjuk arah. Masa hadapan akan memandu hala tuju hidup kita, pembinaan syakhsiah kita.

Teringat saya akan hadith niat.

“Setiap amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya, barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan untuk dikahwininya, atau dunia kerana inginkan kesenangannya, maka dia akan berhijrah kepada apa yang diniatkan hijrah olehnya” Hadith riwayat An-Nawawi.

Sama-sama kita corak masa hadapan kita.

Harapnya, masa hadapan kita adalah untuk Islam.

ps: di sini saya letakkan satu sajak bahasa inggeris nukilan pemilik gambar di atas. Gambar di atas bertajuk ‘The Light of Future’ oleh Gilad, saya ambil dari Deviant Art.

With the darkness closing in, I gaze into the light
The darker my past, the brighter my future
The emptiness ahead is filled with my dreams
With my actions

You never know when stepping in the light
If you are blinded by your future
Or skeptic from your past
Tired of your present

You need a change, you need hope
No more darkness in your life
This leap may be one you fear
But now, the future is near


mari menjadi hamba